Tuesday, April 7, 2015

Satu rujukan rekod bayaran...

Satu rujukan rekod bayaran...
Bagi mereka yg terlibat/pernah terlibat dengan urusan bayaran berkala, tentu paham situasi ini.
Anda buat bayaran setiap bulan. Anda hanya simpan resit sahaja, kan?
Semua catatan rekod bayaran, disimpan oleh penerima bayaran. Betol?
Adakalanya anda ingin merujuk semula rekod bayaran anda. Mungkin sebab terlupa berapa kali anda dah bayar...nak pastikan anda betul2 dah bayar...dan lain-lain sebab.
Tapi malangnya anda tiada rekod tersebut. Anda perlu merujuk kepada resit, itu pun kalau masih simpan. Atau anda perlu merujuk kepada rekod yang disimpan oleh penerima bayaran.
Tapi, anda terpaksa percaya dengan rekod yang penerima simpan. Anda tidak boleh memantau rekod tersebut dari masa ke semasa....kan?
Alangkah bagusnya kalau ada satu rujukan rekod yang boleh dipantau bersama-sama....dan dipercayai bersama...

No comments:

Post a Comment