Thursday, February 27, 2014

Baru boleh bernafas lega

2-3 hari lepas, saya sibuk menyiapkan data satu sekolah kebangsaan untuk diupload ke dalam SKY Online mereka.

Data asal diberikan dari esktrak data SMM, dan di dalam SKY Online mereka sendiri sudah ada data pelajar tahun 2013 beserta maklumat bayaran 2013.

Jadi untuk memasukkan data 2014, agak sukar sedikit kerana banyak kondisi yang perlu diambil perhatian.

Saya harus berhati-hati supaya setiap data yang dimasukkan, samada yang baru atau sekadar mengemaskini adalah tepat tanpa mengganggu data yang sedia ada. Kerana setiap data yang dimasukkan akan effect kepada laporan yang dikeluarkan kemudian.

Namun, ada juga beberapa data yang memang tidak dapat dimasukkan kerana kekurangan maklumat terutama sekali maklumat ibubapa.

Apabila ini berlaku, kami akan senaraikan data yang tidak dapat dimasukkan tersebut dan hantar semula kepada pihak sekolah untuk dilengkapkan....

Bunyinya macam senang ek....tapi disebaliknya pelbagai jenis SQL statement yang perlu dibuat dalam mendapatkan data yang betul-betul diperlukan.

Apapun, alhamdulillah...semuanya dah selesai.....

Friday, February 21, 2014

Lenguh Tangan Tulis Resit

Teringat ketika saya menguruskan kutipan yuran di sebuah KAFA dulu.

Student KAFA tersebut ada kira-kira 900+ pelajar. Setiap bulan, nak-nak pula bila time gaji. Ramai betul yang datang bayar yuran. Sampai naik lenguh la tangan dok menulis resit. Tulisan pun akhirnya dah jadi macam cakar ayam je.

Tu belum kira waktu awal tahun. Dengan resit yurannya, resit bukunya....bayar untuk 2-3 orang anak lagi.....Macam tak menang tangan nak tulis resit....

Bila akhirnya SKY dah siap, selepas tu terasaaaaaa sangat hilang beban menulis resit banyak-banyak.

Semua kerja-kerja menulis resit dah diserahkan pada printer. Saya hanya klik-klik sahaja.....tret tret resit dah keluar......bahagia sungguh!

Kalau anda inginkan tangan anda tak lenguh lagi...apa lagi, jom hubungi kami....

Call/sms/whatsapp : 019-395 4573

Sekarang!

Thursday, February 13, 2014

Apa itu SKY Online..?

 
[APA ITU SKY ONLINE]

SKY Online adalah aplikasi online untuk membantu memudahkan pihak sekolah merekod dan memantau kutipan yuran sekolah mereka.

Ianya sesuai digunakan oleh PIBG, KAFA, TADIKA dan PUSAT TUISYEN

[KANDUNGAN MODUL SKY ONLINE]

MODUL DATA

  • menyimpan maklumat ibubapa, pelajar, kelas serta yuran yang dikenakan untuk setiap pelajar

MODUL BAYAR 

  • merekod dan mencetak resit semua jenis yuran (tahunan, bulanan, pembelian buku, umum dan yuran sekeluarga)

MODUL PERTANYAAN

  • memudahkan pihak sekolah memantau dan menyemak laporan kedudukan kutipan yuran (tunggakan dan kutipan)

MODUL SMS

  • memudahkan pihak sekolah menghantar peringatan terus ke telefon bimbit ibubapa yang belum menjelaskan yuran

MODUL ONLINE PAYMENT

  • memudahkan ibubapa membuat bayaran secara online dari mana-mana komputer/tablet/smartphone yang mempunyai capaian internet.

Ingin mengetahui lebih lanjut? Hubungi kami :-

call/sms/whatsapp : 019-395 4573

Wednesday, February 12, 2014

Ikhlaskah kita?

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.

Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

BAYAR YURAN SEKOLAH ONLINE?


BAYAR YURAN SEKOLAH ONLINE?

Sebagai ibubapa yang bekerja dan mempunyai anak bersekolah, kadangkala urusan membayar yuran sekolah mereka merupakan satu perkara yang menyukarkan anda. Bukan anda tak mahu bayar yuran, tapi .....

  • takkan tiap-tiap bulan nak datang lewat ke pejabat semata-mata nak bayar yuran
  • bagi duit kat anak, kadang-kadang hilang, dicuri atau anak guna duit tu pi beli menda lain
  • kena beratur, proses bayar yuran ambil masa


Alangkah bagusnya kalau anda boleh bayar yuran secara online dari mana-mana komputer/tablet/smartphone anda sahaja, kan?

Ya, sekarang memang BOLEH!

  • anda tak perlu lagi beri alasan pada bos datang lambat kerana urusan sekolah anak
  • anda tak perlu lagi bersusah payah ke sekolah, beratur dan menunggu semata-mata nak bayar yuran
  • anda tak perlu lagi penat-penat pergi ke setiap kelas anak-anak anda untuk nak bayar yuran
  • anda boleh bayar yuran kat mana-mana je dari komputer/tablet/smartphone anda....sambil baring-baring atas katil pun boleh!
  • yang penting, anda boleh jimat masa dan tenaga anda!


Anda risau akan keselamatan transaksi anda?

Anda tak perlu risau...

  • Transaksi anda adalah selamat dan dipercayai
  • Duit anda akan terus masuk ke akaun sekolah anak anda
  • Rekod bayaran anda akan terus direkod secara automatik ke dalam sistem, anda tidak perlu memaklumkan atau menyerahkan slip bayaran anda kepada sekolah
  • Anda juga boleh menyimpan/mencetak resit sebagai bukti bayaran anda
  • Bila-bila masa, anda boleh menyemak dan memantau rekod bayaran anak anda

Anda boleh guna mana-mana online banking yang anda ada. Maybank, Cimb, Bank Islam, RHB etc.
Pakai kad kredit pun boleh!


Adakah anda benar-benar inginkan kemudahan seperti ini??

Jika anda ingin bantu diri anda dengan kemudahan ini....bantulah sekolah anak anda dengan memberitahu mereka tentang aplikasi SKY ONLINE kami ini...

Minta mereka melanggan SKY ONLINE mereka hari ini juga! 
Gunakan hak anda sebagai ibubapa dan cadangkan kepada mereka!


Apa itu SKY ONLINE?

SKY Online adalah aplikasi online untuk membantu memudahkan pihak sekolah merekod dan memantau kutipan yuran sekolah mereka.

Ianya sesuai digunakan oleh PIBG, KAFA, TADIKA dan PUSAT TUISYEN




Apa yang sekolah anak anda akan dapat dengan SKY ONLINE?

  • lebih mudah mereka merekod dan mencetak resit
  • lebih mudah mereka memantau siapa yang belum bayar yuran
  • lebih mudah mereka mengetahui berapa jumlah kutipan dan tunggakan mereka
  • lebih mudah mereka hantar peringatan kepada ibubapa yang lambat bayar


Apa tunggu lagi, jadilah ibubapa yang perihatin....

Anda bukan sahaja membantu memudahkan diri anda sendiri...anda juga membantu memudahkan ibubapa lain....malah anda juga membantu sekolah anak anda mempunyai kaedah pengurusan yuran yang lebih cekap dan professional!

Cepat, bertindak sekarang, hubungi kami :-

call/sms/whatsapp : 019-395 4573

atau layari : www.sistem-maklumat.com  untuk maklumat lanjut mengenai SKY ONLINE


Tuesday, February 11, 2014

SKY ONLINE di mana-mana...

Alhamdulillah....minggu lepas bertambah lagi pelanggan SKY Online kami. Kali ini ke negeri Kelantan pula...iaitu Tadika Aulad Pintar.

Ini merupakan di antara pelanggan SKY Online kami yang terjauh. Sebelum ni dari Pulau Pinang, Pahang, Terengganu...Kebanyakan yang lain di sekitar lembah klang sahaja...

Dalam masa yang sama SKY LOCAL juga masih mendapat sambutan. Minggu lepas juga kami mendapat pelanggan baru dari Klang..iaitu Sekolah Rendah Islam El-Mateen.

SKY Local ni pelanggan paling jauh kami adalah dari Sabah...

Matlamat kami tahun 2014 ni...nak menyebarkan SKY ONLINE di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia...

Doakan ye.... 


#yuran
#sekolah