Wednesday, November 19, 2014

[Dua Kali Kerja]

[Dua Kali Kerja]

Alhamdulillah, kami baru saja balik dari sesi penerangan mengenai SKY Online di sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

SRA tersebut mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai, lebih kurang 1000 lebih pelajar.

Jadi, fokus utama mereka adalah untuk mengelakkan dua kali kerja dalam merekod bayaran yuran pelajar mereka.

Ketika ini, mereka menggunakan Buku Resit untuk merekod bayaran yuran. Kemudian, mereka akan merekod Nombor Resit tersebut di dalam Fail Rekod Pelajar pula. Jadi, mereka terpaksa membuat dua kali kerja.

Risikonya, jika mereka terlupa untuk merekod di dalam Fail Rekod Pelajar, akan menyebabkan pelajar tersebut dikatakan masih belum membayar yuran pada bulan itu.

Dengan SKY Online, Insya Allah mereka tidak perlu melakukan dua kali kerja. Selepas resit dicetak, semuanya akan direkod secara automatik.

Mereka juga akan lebih mudah memantau siapa yang masih belum membayar yuran melalui pertanyaan individu, ikut kelas atau keseluruhan pelajar.

Memandangkan bilangan pelajar mereka ramai, kami juga akan membantu mereka memasukkan data pelajar. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah memasukkan data pelajar satu per satu.

Monday, November 17, 2014

[Cegah sebelum terlambat]

[Cegah sebelum terlambat]

Alhamdulillah, semalam satu lagi Pusat Tuisyen telah menjadi pelanggan SKY Online kami.

Masalah utama yang beliau hadapi adalah misteri kehilangan buku resit beserta sebahagian dari wang yuran.

Ini berlaku apabila beliau menyerahkan tugas mengutip yuran kepada pekerja beliau dan kekangan masa beliau untuk sentiasa memantau.

Jadi, tindakan mencegah perkara ini dari berlarutan perlu diambil, tambahan pula beliau akan lebih jarang memantau pusat tuisyen tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

Beliau memerlukan satu sistem yang membolehkan beliau memantau transaksi kutipan yuran dari jauh tanpa perlu hadir setiap hari ke pusat tuisyen tersebut.

Dengan SKY Online, insya Allah, beliau boleh memantau jumlah kutipan setiap pekerja secara individu dan memastikan jumlah wang yang diserahkan kepada beliau sama dengan apa yang dikeluarkan oleh sistem.

Semoga SKY Online dapat memudahkan beliau memantau kutipan yuran pusat tuisyen beliau selepas ini. Aameen.

Thursday, November 6, 2014

[Kenangan Disember datang lagi]

[Kenangan Disember datang lagi]

Mengimbau kembali kenangan pada Disember 2006. Masa tu saya bekerja di sebuah Kafa Integrasi dan masih dalam peringkat membina sistem SKY.


Sebelum saya bekerja di sana, saya memang sedang membangunkan sistem SKY, tapi kerana kekurangan maklumat, progress jadi agak slow.


Kebetulan pula dalam masa tu, pekerja mereka berhenti. Saya pun mengambil peluang tersebut, bekerja di sana sambil saya boleh dapatkan maklumat dan mengalami sendiri proses kutipan yuran.


Setiap bulan, kerja-kerja menguruskan yuran untuk 1000 pelajar memang agak memenatkan. Tapi lagi penat ketika bulan Disember.


Pada bulan Disember ni la, waktu disibukkan dengan urusan pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar lama dan baru bagi sesi persekolahan yang mendatang...


Nak tulis resit. Nak rekodkan maklumat bayaran dalam fail.
Ibubapa pulak dah beratur panjang.


Tu belum masuk nak jumlahkan berapa diorang kena bayar. Kalau silap kira...alamatnya short la kutipan hari tu...kena ganti tau!


Huuu.....kadang2 tu, waktu rehat tengahari pon tak sempat nak keluar...tahan je la lapar tu sampai petang....nangissss


Balik rumah nanti mesti nak kena urut tangan....sepanjang hari dah menulis...mana tak lenguh...


Sebab tu la saya nak sangat bantu anda...supaya anda tak perlu lagi berhadapan dengan situasi yang memenatkan ni lagi...


Dengan SKY,
~ Anda tak perlu menulis...cetak je resit..
~ Anda dah tak perlu merekod dlm fail...semua dah automatik
~ Anda tak perlu mengira, semua dah siap dijumlahkan...


Biarkan saja printer tu yg lenguh....asalkan jari2 anda selesa....haha