Friday, April 24, 2015

Senang keje...

Alhamdulillah...selesai memuatnaik data pelajar utk UniSmart, Unisel.
Bila data-data yang diberikan mengikut format yang ditetapkan serta lengkap, kerja-kerja memuatnaik data tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai sejam pun boleh siap.
Ianya mudah apabila belum ada data di dalam sistem sedia ada. Sekiranya terdapat data lama, kerja akan bertambah sedikit.
Dengan muatnaik data ini, pengguna kami boleh terus menggunakan SKY Online mereka.
Ingin mudahkan urusan kutipan yuran anda juga?
Hubungi : sales.skyonline@gmail.com

Wednesday, April 22, 2015

Penambahbaikan SKY Online

Penambahbaikan SKY Online
Kami baru saja membuat beberapa penambahbaikan ke atas SKY Online supaya lebih menepati keperluan pengguna kami.
Penambahbaikan yang dibuat adalah berdasarkan maklumbalas pelanggan kami dan kami rasakan ianya wajar dibuat.
Harapannya, penambahbaikan ini dapat membantu memudahkan pelanggan kami.
Terima kasih di atas maklumbalas dan sokongan anda selama ini..

Tuesday, April 14, 2015

Asrama IPTS pun dah langgan SKY Online !

Asrama IPTS pun dah langgan SKY Online !
.
Alhamdulillah, hari ni dapat satu lagi pelanggan baru untuk Sistem Kutipan Yuran (SKY) Online kami. 
.
Kali ini pelanggan dari UniSmart, UNISEL. Ini merupakan pelanggan pertama kami yang menguruskan bayaran yuran asrama.
.
Moga dengan ini, dibukakan satu lagi jalan untuk kami membantu lebih banyak lagi IPTS yang memerlukan sistem untuk menguruskan kutipan yuran mereka.
.
Aameen...
.
‪#‎ipts‬
‪#‎asrama‬
‪#‎yuran‬
‪#‎yuranasrama‬

Thursday, April 9, 2015

Tools memudahkan cara

Tools memudahkan cara

Kerja-kerja memuatnaik data ibubapa dan pelajar lebih mudah dengan adanya tools yang dibuat khusus.

Biasanya pelanggan kami akan memberikan kami data-data dalam fail MS Excell.

Tugas kami adalah memastikan semua maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan juga tiada data yang duplicate.

Bagi memastikan data-data yang akan dimuatnaik ke dalam database di server kami adalah betul dan lengkap, kami telah menyediakan beberapa query menggunakan MS Access.

Memandangkan proses ini adalah rutin, maka, query-query yang disediakan ini akan digunakan setiap kali ada data pelanggan yang perlu dimuatnaik. 

Dengan tools ini, kami mampu mengurangkan risiko kesilapan ketika memuatnaik data.

#data
#tools
#msaccess
#odbc
#vpn

Wednesday, April 8, 2015

Upload data pelanggan baru lagik...

Alhamdulillah...selesai kerja2 memuatnaik data ke dalam SKY Online utk SRI Hira Shah Alam.
Next, SMA Hira pula....

Tuesday, April 7, 2015

Satu rujukan rekod bayaran...

Satu rujukan rekod bayaran...
Bagi mereka yg terlibat/pernah terlibat dengan urusan bayaran berkala, tentu paham situasi ini.
Anda buat bayaran setiap bulan. Anda hanya simpan resit sahaja, kan?
Semua catatan rekod bayaran, disimpan oleh penerima bayaran. Betol?
Adakalanya anda ingin merujuk semula rekod bayaran anda. Mungkin sebab terlupa berapa kali anda dah bayar...nak pastikan anda betul2 dah bayar...dan lain-lain sebab.
Tapi malangnya anda tiada rekod tersebut. Anda perlu merujuk kepada resit, itu pun kalau masih simpan. Atau anda perlu merujuk kepada rekod yang disimpan oleh penerima bayaran.
Tapi, anda terpaksa percaya dengan rekod yang penerima simpan. Anda tidak boleh memantau rekod tersebut dari masa ke semasa....kan?
Alangkah bagusnya kalau ada satu rujukan rekod yang boleh dipantau bersama-sama....dan dipercayai bersama...

Thursday, April 2, 2015

SKY4ALL bukan SKYFALL ye...itu James Bond :P

SKY4ALL - SKY For All
Semalam dengan rasminya SKY4ALL kami telah mempunyai pelanggan pertamanya.
Sebelum ini kami cuma fokuskan kepada jualan SKY Online dan SKY Sumbangan PIBG sahaja.
SKY4ALL ini bertujuaan untuk memudahkan urusan kutipan yuran bagi persatuan penduduk, badan khairat kematian, pengurusan apartment, pengurusan jualan ansuran dan apa jua pengurusan yang melibatkan kutipan berjadual.
Jadi, dengan adanya SKY4ALL ini, diharap dapat membantu lebih banyak organisasi dalam menguruskan kutipan yuran mereka.
Info lanjut :
sms/whatsapp : 019-395 4573
email : sales.skyonline@gmail.com

Wednesday, April 1, 2015

Upload Data Pelanggan Baru

Alhamdulillah...selesai jugak mengUpload data-data ke dalam Sistem Kutipan Yuran (SKY) kami.
Hari ini menguruskan data-data untuk SRIDU, Seri Pristana dan juga Persatuan Penduduk Jalan DC3, Desa Coalfields.
Melibatkan 2 aplikasi SKY kami iaitu SKY Online dan juga SKY4ALL.
pheww.....

Wednesday, January 14, 2015

Insya Allah...Mudah je nak guna SKY Online ..





Insya Allah...Mudah je nak guna SKY Online ..

Ni salah seorang dari customer kami...sangat mudah berurusan dengan beliau.

Dengan merujuk kepada manual pengguna yang diberikan, beliau boleh menggunakan SKY Online tanpa sebarang masalah dan tanpa bantuan kami pun...Alhamdulillah

Semoga beliau sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Insya Allah kami akan sentiasa bersedia membantu semua pelanggan kami apabila diperlukan smile emoticon

Inginkan info lanjut tentang SKY Online? 
Hubungi kami : 019-395 4573

Tuesday, January 13, 2015

Senarai Pelanggan

Mengemaskini senarai pelanggan SKY kami di website. Alhamdulillah semakin bertambah.
Hampir kesemua pelanggan kami juga, telah memperbaharui langganan SKY Online mereka.
Anda bila lagi? smile emoticon

Monday, January 5, 2015

[Kenapa dari dulu takdok mende ni]

[Kenapa dari dulu takdok mende ni]

Hihi...itu la di antara komen2 ticer2 di Pusat Perkembangan Kanak2 Anugerah Bestari ketika sesi latihan SKY Online pagi tadi (5 Jan 2015)

Alhamdulillah, sangat mudah berurusan dengan owner, Pn Zaharah. Dalam waktu yang singkat saja beliau dapat memahami SKY Online, malah dapat menerangkan fungsi-fungsi SKY Online dengan lebih jelas lagi daripada saya...huhu *malu saya*

Saya juga kagum dengan cara beliau menguruskan tadika-tadika beliau. Beliau tidak berkira untuk mengeluarkan belanja untuk sesuatu yg dapat memudahkan urusan kerja samada dari segi alat bantu mengajar mahupun urusan pentadbiran. Jarang saya melihat tadika sebegitu.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami. Kami doakan semoga tadika beliau terus berkembang dan semoga SKY Online dapat membantu memudahkan urusan kutipan yuran mereka. Aameen...

Thursday, January 1, 2015

[Whatsapp dah tak boleh install kat Samsung Tab 3?]

[Whatsapp dah tak boleh install kat Samsung Tab 3?]

Wahhhh whatsapp telah menghuru harakan saya pepagi ni..grrrr...

Saya adalah pengguna whatsapp di samsung tab 3. Kebetulan pula whatsapp saya telah expired pada hari ini.

Bila klik download, dikatakan versi whatsapp tidak sesuai untuk pengguna tablet macam saya....whatt????

Maka, saya pon menggugelkan la cara-cara untuk saya dapatkan semula whatsapp saya.

Sebelum tu, upacara mem'back-up' folder whatsapp telah dibuat ke sdcard..untuk tujuan keselamatan...

Mana lah tahu, kotnya folder whatsapp di device terpadam ke kan...

Setelah menggugel, saya terjumpa satu penyelesaian.

- memandangkan carian di play store untuk whatsapp tidak akan dijumpai kerana versi tidak sesuai, maka saya harus download Whatsapp APK dari website whatsapp

- hanya gugel 'whatsapp apk' nanti anda akan jumpa page utk download.

- download whatsapp apk tersebut

- di bahagian Setting- Security, enablekan Unknown Source di bhg Device Administration (boleh disablekan balik selepas install whatsapp)

- install whatsapp menggunakan apk tadi.

- Ok, dah settle keje.

Alhamdulillah, semua chat history saya masih boleh dicapai seperti biasa.

phewwww.......