Tuesday, April 29, 2014

Renew Langganan Lagi

Renew Langganan Lagi
==================

Alhamdulillah, semalam satu lagi pelanggan kami telah renew langganan SKY Online mereka lagi setahun..

Terima kasih buat Kafa Integrasi Al Waani, BTHO, Cheras kerana memberi kepercayaan kepada kami....

Thursday, April 24, 2014

SKY Online untuk Pasti Malaysia?

SKY Online untuk Pasti Malaysia?
......................................

Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan bertemu dengan Sdr Azahari Yahya, Pengarah Bhg ICT Pasti Malaysia bagi membincangkan cadangan penggunaan SKY Online di seluruh Pasti di Malaysia

Semoga niat kami untuk membantu memudahkan Pasti-Pasti di Malaysia menguruskan kutipan yuran mereka dipermudahkan jalannya....aameen...

Tahun Kedua SKY Online

Tahun Kedua SKY Online
.............................

Alhamdulillah, sedar tak sedar SKY Online dah masuk tahun kedua beroperasi rupanya...

Baru perasan sebab semalam customer awal kami dah renew langganan SKY Online mereka untuk tahun kedua...

Alhamdulillah, syukur dapat menambahnilai dan memudahkan mereka menguruskan kutipan yuran mereka.

Terima kasih Ustz Helmi dan staff Kafa Integrasi Assyakirin, Cheras kerana terus memberi kepercayaan kepada kami..

.................
Sedikit sejarah...

SKY Online merupakan versi tambahbaik dari Sistem Kutipan Yuran (SKY) yang telah dibina sejak tahun 2007 lagi...

Tuesday, April 22, 2014

Tips Mengurangkan Risiko Pecah Amanah

Tips Mengurangkan Risiko Pecah Amanah
...........................................................

Merekod bayaran menggunakan Buku Resit sebenarnya mudah diseleweng sekiranya anda mempunyai pekerja yang tidak bertanggungjawab.

Dua cara di bawah boleh digunakan untuk memastikan setiap wang yuran yang dibayar direkod dan diserahkan kepada anda.

1. Setiap hari atau seminggu sekali, tandakan pada resit-resit di dalam buku resit dengan tandatangan anda beserta tarikh dan jumlahkan kesemua resit tersebut dan pastikan wang yang diserahkan sama jumlahnya.

atau..

2. Setiap hari atau seminggu sekali, minta pekerja anda menyenaraikan resit-resit yang telah dikeluarkan dan serahkan wang yuran beserta senarai tersebut. Senarai tersebut mengandungi :-

Tarikh
No Resit (disusun mengikut turutan)
Nama Pelajar
Jumlah Bayaran
JUMLAH KESELURUHAN (mesti sama dgn wang yang diserahkan)

Jika ada resit rosak atau dibatalkan, senaraikan juga di dalam senarai di atas.

Inginkan cara yang lebih mudah untuk memastikan wang yuran anda selamat?

Hubungi kami :-
sms/whatsapp : 019-395 4573

#sekolah, #tadika #yuran #resit

Monday, April 7, 2014

Tips Groupkan Buku Resit

Tips Groupkan Buku Resit
...............................................

Bagi sekolah yang tidak menggunakan Buku/Fail Rekod Yuran, teknik groupkan buku resit boleh digunakan.

Anda boleh groupkan buku resit mengikut :-

1. Abjad nama
2. Nama kelas
3. Bulan

Cara ini boleh memudahkan anda untuk membuat semakan last payment seseorang pelajar.

Jadi, apabila seseorang pelajar datang untuk membayar yuran, anda tidak perlu membelek kesemua buku resit yang anda ada...

Ok ke?

Inginkan kaedah yang lebih mudah, hubungi kami :
019-395 4573


#sekolah #tadika #yuran #resit

Friday, April 4, 2014

Tips Merekod Bayaran Yuran

Tips Merekod Bayaran Yuran
.........................................

Selain merekod bayaran yuran menggunakan buku resit, kaedah merekod bayaran di dalam Fail/Buku Rekod Yuran juga adalah penting

Tujuan Fail/Buku Rekod Yuran ini adalah untuk memudahkan anda memantau dengan lebih mudah yuran-yuran yang telah dibayar ataupun yang belum dibayar oleh seorang pelajar.

Kebiasaannya Fail/Buku Rekod Yuran menyimpan maklumat Nama Pelajar, Nama Kelas, Bulan, Tarikh dan juga NoResit.

Nama Pelajar, Nama Kelas dan Bulan biasanya hanya diisi sekali sahaja, manakala Tarikh dan Noresit diisi setiap kali ada bayaran dibuat. Tarikh dan NoResit ini diambil dari resit yang telah ditulis ketika menerima bayaran.

Senarai nama pelajar di dalam Fail/Buku Rekod Yuran ini boleh diasingkan mengikut abjad (bagi sekolah yang bilangan pelajarnya tidak ramai) atau mengikut kelas (bagi sekolah yang bilangan pelajarnya agak ramai).

Senarai mengikut abjad lebih mudah dicari jika pelajarnya sedikit. Dan yang pastinya ibubapa lebih mengingati nama anak sendiri.... kannnn

Senarai mengikut kelas pula memudahkan pencarian bagi bilangan pelajar yang ramai kerana telah senarai tersebut lebih pendek. Cuma ibubapa perlu mengingati nama kelas anaknya.

Kelemahannya :
Anda perlu merekod dua kali, dalam Buku Resit dan Fail/Buku Rekod Yuran

Kelebihannya :
Tak perlu belek buku resit untuk nak tahu last payment pelajar. Kalau buku resit hilang ada backup maklumat dalam Fail/Buku Rekod Yuran

Inginkan kaedah yang lebih mudah....
hubungi kami : 019-395 4573

#sekolah, #tadika #yuran #resit