Friday, December 20, 2013

Kenapa saya buat SKY

Saya berhenti kerja dari UM pada tahun 2001 selepas melahirkan anak ketiga...Niatnya untuk menjaga anak-anak sendiri di rumah...sehinggalah melahirkan lima orang anak...

Satu ketika, saya merasakan ingin menyumbang sesuatu kepada orang lain...memandangkan saya graduan IT dan mempunyai kepakaran dalam membina sistem, maka saya terpikir untuk membuat satu sistem yang boleh memudahkan orang lain...masa tu macam-macam sistem datang dalam pikiran...

Pada waktu yang sama, 3 orang anak saya telah bersekolah rendah dan tadika. Setiap bulan saya harus menguruskan bayaran yuran KAFA dan tadika mereka. Dan saya nampak beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari kaedah mereka mengutip yuran..

Saya dan suami pun berbincang, dan suami pergi berjumpa pengurusan KAFA tersebut dan menawarkan diri untuk membantu. Dan nampaknya memang mereka memerlukan satu sistem untuk menguruskan kutipan yuran mereka.

Maka, bermula dari situlah saya pun membina SKY saya..

Pada tahun 2006, kebetulan pula kerani di KAFA tersebut akan berhenti kerja. Maka, saya ditawarkan untuk bekerja di sana. Saya pun ambil peluang ini. Sambil saya bekerja sebagai kerani, saya dapat mengalami sendiri bagaimana proses kutipan yuran menggunakan buku resit dibuat.

Dari pengalaman sendiri, saya memperbaiki sistem SKY saya sehinggalah ianya benar-benar menepati keperluan KAFA tersebut dan juga lebih mudah digunakan.

Setelah setahun bekerja di situ, saya pun ambil keputusan untuk berhenti dan meneruskan perjuangan saya untuk membantu lebih banyak KAFA.

Dari setiap pelanggan yang saya dapat, lebih banyak maklumbalas yang saya terima untuk memperbaiki lagi SKY saya...

Hari ini, SKY mempunyai pelbagai ciri yang sesuai digunakan oleh pibg, kafa, tadika dan juga pusat tuisyen... Alhamdulillah..

Thursday, December 5, 2013

Sedikit Sejarah SKY

Sistem Kutipan Yuran (SKY) ni sebenarnya telah dibina pada tahun 2007. Pada permulaannya ianya dibina menggunakan perisian MS Access. SKY telah dibina ketika saya bekerja di sebuah KAFA Integrasi di Kuala Selangor. Sambil bekerja dan menggunakan SKY, maka dapatlah SKY diubahsuai mengikut keperluan KAFA tersebut..jadi SKY yang terhasil adalah yang benar-benar menepati keperluan KAFA dan juga laporan yang diperlukan oleh pihak JAIS...

Memandangkan SKY dah pun siap, maka saya tidak lagi bekerja di KAFA tersebut. Saya mula berfikir, jika saya boleh bantu KAFA tersebut memudahkan urusan kutipan yuran mereka...kenapa tidak saya bantu KAFA-KAFA lain juga...kan...

Maka, selepas itu saya pun memulakan usaha saya untuk menyebarkan SKY kesemua KAFA di Selangor...Alhamdulillah, SKY bukan saja dapat membantu KAFA, malah Tadika dan juga PIBG sekolah juga dapat dibantu.

Pada tahun 2011, saya bercadang untuk menaiktaraf SKY kepada aplikasi Online...Tujuannya untuk memudahkan pihak kami menyelenggara SKY pelanggan-pelanggan kami dengan cara setempat... Ianya juga bertujuan supaya pihak sekolah lebih mudah mencapai dan menggunakan SKY di mana saja...

Dengan bantuan dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi, kami memulakan projek SKY Online kami...Alhamdulillah ianya berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Malah, setelah siap, kami nampak lebih banyak penambahbaikan dan kemudahan yang dapat kami berikan melalui SKY Online seperti online payment dan juga sms reminder...

Kini, kami telah mempunyai lebih 60 buah sekolah yang terdiri dari pibg, kafa, tadika dan pusat tuisyen di seluruh Malaysia yang melanggan SKY dan juga SKY Online kami...

Diharap, di masa akan datang, lebih banyak sekolah dapat kami bantu untuk meningkatkan pengurusan kutipan yuran mereka....

Selamat Datang ke blog kami

Assalamualaikum wbt.... Terima kasih diucapkan kerana sudi melawat blog kami ini.. Di dalam blog ini, kami akan cuba share info tentang bagaimana menguruskan kutipan yuran dengan lebih baik samada untuk PIBG, KAFA, Tadika dan juga Pusat Tuisyen... Diharap blog ini dapat memberi manafaat kepada anda semua... terima kasih.... :)

Wednesday, November 27, 2013

Kedai Mamak pun pakai apps...... :P

Pagi tadi, saya bersarapan di sebuah restoran mamak di kawasan saya. Biasalah, kalau ke kedai mamak tu, menu pilihan mestilah roti telur dan teh tarik...

Apa yang menarik perhatian saya adalah mereka menggunakan satu sistem di mana setiap order akan direkod menggunakan ipod, dan pesanan tersebut boleh dibaca oleh tukang masak dan tukang buat air melalui skrin di tempat masing-masing.

Dengan cara ni, saya nampak kebaikannya di mana mereka tak perlu lagi melaung kepada tukang masak atau tukang buat air apa order kita.

Dan memandangkan setiap pesanan direkod dalam sistem, kesilapan atau terlupa order tu dapat dikurangkan.

Apabila tiba waktu membayar pula, saya tak perlu nak ulang lagi apa yg saya order, cashier terus bagitau jumlahnya saja dan saya boleh terus bayar. Jimat masa!

Dan saya rasa, sistem yang mereka gunakan tersebut mesti ada features reporting yang mana mereka boleh menganalisa jualan mereka setiap hari. So, mereka boleh merancang jumlah makanan yang perlu disediakan setiap hari....mudah untuk mereka merancang kos dan sebagainya...

Kalau kedai mamak boleh guna sistem dan nampak hebat....takkan anda sebagai pengusaha institusi pendidikan mahu ketinggalan kan....

Friday, November 1, 2013

Berkongsi maklumat.....

Perkongsian tentang SKY Online di Pusat Pengajian Al-Quran Al-Itqaan, Taman Nirwana, Ampang pada jam 10am 1 Nov 2013


Wednesday, October 9, 2013

Pengalaman Yang Berharga

Tahun 2006-2007 saya pernah kerja kat satu Kafa(i) di Sg Buloh...masa tu saya masih lagi dalam peringkat merekabentuk dan membina SKY...

Sambil kerja, sambil memahami situasi sebenar bagaimana seorang kerani menerima dan merekod bayaran yuran..

masa tu SKY tak siap lagi.....wah...tak sangka, penat juga rupanya menulis resit...nak-nak plak bila ramai ibubapa dan pelajar datang nak bayar....sampai tulisan pun dah macam apa dah....hihi

bila dipenghujung hari plak, nak kena tulis balik senarai nama yg bayar pada hari tu, untuk diserahkan pada Bendahari beserta dengan duit yang dikutip....

caranya, belek buku resit dan salin nama-nama pembayar ke dalam satu kertas bersama jumlah yang mereka bayar. Lepas tu plak, kena kira berapa total kutipan hari tu...

lepas tu plak, kena kira duit yang ada kat tangan....sama ke dak dengan list yg ditulis tadi...kalau sama, Alhamdulillah.... kalau tak sama tu yang pening sikit...kena semak balik....

adakah anda mengalaminya juga? cer cerita.....

p.s : Pengalaman yg amat berharga sebenarnya...kalau takde pengalaman ni...rasanya susah juga nak buatkan sistem yg insya allah menepati keperluan...

Tuesday, October 8, 2013

Flexibility and Control

Dalam merekabentuk sesuatu sistem, seboleh-bolehnya kita mahukan supaya ianya fleksibel dengan apa jua kehendak atau keperluan pelanggan kita.

Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan memberi ruang supaya pelanggan boleh membuat control settings mereka sendiri mengikut keperluan masing-masing.

Control settings yang dibuat hanya melibatkan ruang akaun mereka sahaja tanpa mengganggu pengguna lain yang berkongsi sistem yang sama.

Namun begitu, adakalanya settings tersebut tidak memadai bagi seorang pengguna kerana dalam realiti mereka sendiri, mereka sangat fleksibel..

Sebagai contoh, Yuran Pendaftaran telah mereka tetapkan sebanyak RM100. Namun, dalam beberapa keadaan, mereka memberikan diskaun kepada pelajar-pelajar tertentu.

Apabila ini berlaku, agak sukar untuk kita meletakkan kawalan kepada data tersebut. Jika di dalam buku resit sekalipun, fleksibiliti begini boleh juga disalahanggap sebagai penyelewengan jika tanpa dokumen sokongan.

Control/Kawalan yang dibuat sebenarnya untuk memastikan pengguna tidak silap, tidak seleweng, tidak perlu berfikir panjang kerana data yang disediakan telah disetting dan telah di'auto-generate' terlebih dahulu.

Jadi, sebaik-baiknya buatkan keperluan/kehendak kita tersebut tidak terlalu fleksibel dan masih berada dalam kawalan...

BAYAR YURAN GUNA KAD KREDIT?




Sesi persekolahan 2014 bakal menjelang tiba. Tentu banyak nak guna duit kan....

nak beli baju sekolah, beg sekolah, kasut, buku....macam-macam lah....termasuk lah nak bayar yuran....

kadang-kadang boleh lari bajet...nak-nak plak anak ramai kan....

dengan SKY Online with Online Payment....tak perlu risau...boleh dulukan bayaran dengan guna kad kredit je....dah ada bajet sok, pandai2 la settlekan utang kad kredit tu ye....

p.s...kita bukan galakkan org berhutang...cuma bagi option saja....yang penting, kemudahan tu ada disediakan....

Kerjasama itu penting

Kejayaan SKY disetiap sekolah, kafa, tadika yang menggunakannya bukanlah semata-mata disebabkan SKY itu sendiri...

banyak pihak terlibat yang sama-sama membantu menjayakan penggunaan SKY.

Jika tidak ada pihak pengurusan yang mementingkan laporan, pemantauan dan kepuasan hati ibubapa, sudah tentu SKY tidak beroperasi seperti dikehendaki.

Jika tidak ada guru/kerani yang bertanggungjawab merekod bayaran ke dalam SKY, merekodkan data...sudah tentu laporan yang diperlukan pihak pengurusan tidak dapat dikeluarkan.

kerjasama pihak sekolah dengan pihak kami juga memainkan peranan. Jika, pihak sekolah tidak memberitahu masalah mereka, mana mungkin kami dapat membantu..

kami hanya membantu menyediakan kemudahan, selebihnya terpulang kepada pihak pengurusan utk memastikan SKY digunakan oleh guru/kerani dengan penuh rasa tanggungjawab...

Wednesday, September 11, 2013

Suatu ketika dulu, masa nak bayar yuran.....

tiba-tiba teringat dulu-dulu masa nak bayar yuran utk masuk sesi baru persekolahan pada hujung tahun.

kena beratur panjang, menunggu lama...mencabar jugak la masa tu, nak-nak plak kena angkut sekali si kecik.

dah sampai giliran kita, kerani kena cari nama anak dlm fail, listnya bukan sikit. pastu dia nak kena cek yuran apa nak kena bayar (setiap darjah kan berbeza-beza), dia kena tulis resit, kena rekod dlm fail, pastu dia nak kena calculate plak.

pastu, kita nak bayar utk 2-3 orang anak. dia kena ulang proses yg sama...

waahhh kesiannya dia, eh kesian kat diri sendiri jugak ler.

lepas tu la kita terus nekad nak buat SKY, sebab kita rasa ramai lagi di luar sana yg hadapi masalah sama, kan?

Tuesday, September 3, 2013

Anak, duit dan risiko

Saya tertarik dengan satu perbincangan di satu group komuniti di facebook ni, berkaitan penjaja di luar kawasan sekolah...

Penjaja ni, dah la satu hal melanggar peraturan, adakalanya memaksa dan menipu anak-anak untuk membeli mainan yang tidak berkualiti dan tidak berfaedah...

Ada parent yang beri duit lebih pada anak utk bayar yuran atau beli buku...end up, duit tah kemana....yang dibawa balik adalah mainan yang harganya tak setimpal langsung...duit baki pun tak dipulangkan...

Sebagai parent, tentunya kecewa dengan situasi ini....nak salahkah siapa?

Ini adalah salah satu faktor kami membina modul online payment di dalam SKY Online, selain memudahkan ibubapa...juga dapat mengelakkan dari menyuruh anak-anak membawa sejumlah wang yang agak besar ke sekolah...

Selain penjaja, anak-anak juga berdepan dengan masalah lain seperti kecurian, buli dan sebagainya...

Jadi, kenapa kita nak letakkan risiko tu kepada anak-anak kita kan?

Thursday, August 22, 2013

Tuisyen Anak Dikecualikan Cukai?

Berita Harian 21/08/2013

 

Jika cadangan pelepasan cukai pendapatan kepada ibubapa yang menghantar anak ke kelas tuisyen dan sekolah swasta ini diluluskan, RESIT akan menjadi sesuatu yang penting kepada ibubapa tersebut, kan?

Kebanyakan ibubapa jarang menyimpan resit, nak nak pula jika perlu menyimpan selama 5 tahun.

Jalan mudah bagi mereka untuk mendapatkan salinan resit apabila diperlukan, adalah menghubungi pusat tuisyen atau sekolah anak mereka...

Dan kebanyakan pusat tuisyen dan sekolah swasta menggunakan BUKU RESIT untuk merekod bayaran mereka. Mungkin agak sukar untuk memberikan salinan resit kepada ibubapa kan?

Kena cari satu per satu...mungkin kena fotostat...kalau setahun punya resit?? Tentunya lagi sukar, kan?

Jika menggunakan SKY Online, insya Allah tiada masalah untuk dapatkan salinan resit....malah penyata bayaran juga disediakan...