Thursday, December 11, 2014

[Bantuan Jarak Jauh]

[Bantuan Jarak Jauh]

Kadang-kadang sesetengah situasi tidak dapat kami bantu melalui panggilan telefon, email ataupun whatsapp.

Untuk pergi ke tempat pelanggan terutamanya yang jauh dan hanya sekadar untuk selesaikan sedikit situasi, adalah tidak berbaloi.

Pelanggan SKY Online kami pula, bukan hanya di sekitar Lembah Klang malah ada yang jauh seperti P.Pinang, Kelantan dan Pahang.

Jadi, apa yang kami buat adalah, kami berikan bantuan secara jarak jauh melalui perisian Teamviewer.

Menggunakan Teamviewer, lebih kurang kami berada di tempat pelanggan secara fizikal juga.

Masalah dapat diselesaikan tanpa kos yang besar.

Yang penting, kami dapat berikan after sales service dalam pelbagai cara.

Tuesday, December 2, 2014

[Pelanggan baru dan Renew Langganan]

[Pelanggan baru dan Renew Langganan]

Alhamdulillah....ujung-ujung tahun ni ramai pelanggan kami yang renew langganan SKY Online mereka untuk setahun lagi..

Dalam masa yang sama, ada beberapa pelanggan baru yang mula melanggan SKY Online.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami

Wednesday, November 19, 2014

[Dua Kali Kerja]

[Dua Kali Kerja]

Alhamdulillah, kami baru saja balik dari sesi penerangan mengenai SKY Online di sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Bandar Tasik Puteri, Rawang.

SRA tersebut mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai, lebih kurang 1000 lebih pelajar.

Jadi, fokus utama mereka adalah untuk mengelakkan dua kali kerja dalam merekod bayaran yuran pelajar mereka.

Ketika ini, mereka menggunakan Buku Resit untuk merekod bayaran yuran. Kemudian, mereka akan merekod Nombor Resit tersebut di dalam Fail Rekod Pelajar pula. Jadi, mereka terpaksa membuat dua kali kerja.

Risikonya, jika mereka terlupa untuk merekod di dalam Fail Rekod Pelajar, akan menyebabkan pelajar tersebut dikatakan masih belum membayar yuran pada bulan itu.

Dengan SKY Online, Insya Allah mereka tidak perlu melakukan dua kali kerja. Selepas resit dicetak, semuanya akan direkod secara automatik.

Mereka juga akan lebih mudah memantau siapa yang masih belum membayar yuran melalui pertanyaan individu, ikut kelas atau keseluruhan pelajar.

Memandangkan bilangan pelajar mereka ramai, kami juga akan membantu mereka memasukkan data pelajar. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah memasukkan data pelajar satu per satu.

Monday, November 17, 2014

[Cegah sebelum terlambat]

[Cegah sebelum terlambat]

Alhamdulillah, semalam satu lagi Pusat Tuisyen telah menjadi pelanggan SKY Online kami.

Masalah utama yang beliau hadapi adalah misteri kehilangan buku resit beserta sebahagian dari wang yuran.

Ini berlaku apabila beliau menyerahkan tugas mengutip yuran kepada pekerja beliau dan kekangan masa beliau untuk sentiasa memantau.

Jadi, tindakan mencegah perkara ini dari berlarutan perlu diambil, tambahan pula beliau akan lebih jarang memantau pusat tuisyen tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

Beliau memerlukan satu sistem yang membolehkan beliau memantau transaksi kutipan yuran dari jauh tanpa perlu hadir setiap hari ke pusat tuisyen tersebut.

Dengan SKY Online, insya Allah, beliau boleh memantau jumlah kutipan setiap pekerja secara individu dan memastikan jumlah wang yang diserahkan kepada beliau sama dengan apa yang dikeluarkan oleh sistem.

Semoga SKY Online dapat memudahkan beliau memantau kutipan yuran pusat tuisyen beliau selepas ini. Aameen.

Thursday, November 6, 2014

[Kenangan Disember datang lagi]

[Kenangan Disember datang lagi]

Mengimbau kembali kenangan pada Disember 2006. Masa tu saya bekerja di sebuah Kafa Integrasi dan masih dalam peringkat membina sistem SKY.


Sebelum saya bekerja di sana, saya memang sedang membangunkan sistem SKY, tapi kerana kekurangan maklumat, progress jadi agak slow.


Kebetulan pula dalam masa tu, pekerja mereka berhenti. Saya pun mengambil peluang tersebut, bekerja di sana sambil saya boleh dapatkan maklumat dan mengalami sendiri proses kutipan yuran.


Setiap bulan, kerja-kerja menguruskan yuran untuk 1000 pelajar memang agak memenatkan. Tapi lagi penat ketika bulan Disember.


Pada bulan Disember ni la, waktu disibukkan dengan urusan pendaftaran dan pembayaran yuran pelajar lama dan baru bagi sesi persekolahan yang mendatang...


Nak tulis resit. Nak rekodkan maklumat bayaran dalam fail.
Ibubapa pulak dah beratur panjang.


Tu belum masuk nak jumlahkan berapa diorang kena bayar. Kalau silap kira...alamatnya short la kutipan hari tu...kena ganti tau!


Huuu.....kadang2 tu, waktu rehat tengahari pon tak sempat nak keluar...tahan je la lapar tu sampai petang....nangissss


Balik rumah nanti mesti nak kena urut tangan....sepanjang hari dah menulis...mana tak lenguh...


Sebab tu la saya nak sangat bantu anda...supaya anda tak perlu lagi berhadapan dengan situasi yang memenatkan ni lagi...


Dengan SKY,
~ Anda tak perlu menulis...cetak je resit..
~ Anda dah tak perlu merekod dlm fail...semua dah automatik
~ Anda tak perlu mengira, semua dah siap dijumlahkan...


Biarkan saja printer tu yg lenguh....asalkan jari2 anda selesa....haha

Tuesday, October 14, 2014

Duit pernah diseleweng. Tulis resit sampai tengah malam...

Duit pernah diseleweng. Tulis resit sampai tengah malam...
=============================================

Itulah cerita pelanggan terbaru SKY Online kami.

Beliau telah mengusahakan tadika dan taska lebih 10 tahun yang lalu. Hingga kini beliau mempunyai beberapa buah cawangan.

Sebelum ini, beliau percaya pada staff beliau untuk menerima wang yuran. Hinggalah pada satu ketika ada beberapa ibubapa menuntut resit. Dari situ baru beliau menyedari yang wang yuran tersebut telah diseleweng oleh staff beliau.

Selepas dari peristiwa itu, setiap kali ada ibubapa datang untuk membayar yuran, beliau akan pergi ke setiap cawangan dan mengambil wang yuran tersebut.

Dan pada malamnya, beliau akan menulis resit-resit untuk diserahkan kembali kepada ibubapa pada keesokan harinya.

Memandangkan hanya beliau seorang yang bertanggungjawab menulis resit...adakalanya beliau terpaksa menulis resit sampai ke tengah malam!

Semoga selepas menggunakan SKY Online, urusan beliau lebih mudah...aameen....

Friday, September 26, 2014

mindset

"MINDSET"

Sebelum sang ayah menghembuskan nafas terakhir, dia
memberi pesan kepada kedua anaknya :

“Anakku, dua pesan penting yang ingin ayah sampaikan
kepadamu untuk keberhasilan hidupmu”

“Pertama : Jangan sesekali menagih hutang daripada sesiapa pun”

“Kedua : Jangan sesekali tubuhmu terkena terik
matahari secara langsung”

5 TAHUN BERLALU:

Sang ibu menjenguk anak sulungnya
dengan kedudukan perniagaannya yg sgt mendukacitakan.

Si ibu pun bertanya “Wahai anak sulungku kenapa kedudukan perniagaanmu demikian?”.

Si sulung menjawab : “Saya mengikuti pesan ayah bu…

Saya dilarang menagih hutang drpd siapapun
sehingga banyak hutang yang tidak dibayar dan lama²
habislah modal saya..

Pesan yang kedua ayah melarang saya terkena sinar
matahari secara langsung dan saya hanya hanya ada sebuah motorsikal, itulah sebabnya pergi dan pulang
kerja saya selalu naik teksi”.

Kemudian sang ibu pergi ke tempat si bungsu yang
keadaannya berbeda jauh.

Si bungsu sukses
menjalankan bperniagaannya.

Sang ibu pun bertanya “Wahai anak bungsuku, hidupmu
sedemikian beruntung, apa rahasianya…?”

Si bungsu menjawab : “Ini karena saya mengikuti
pesan ayah bu..

Pesan yang pertama saya dilarang
menagih hutang kepada siapapun. Oleh karena itu
saya tidak pernah memberikan hutang kepada siapapun
sehingga modal saya tetap kukuh”.

“Pesan kedua saya dilarang terkena sinar matahari
secara langsung, maka dengan motorsikal yang saya ada
saya selalu berangkat sebelum matahari terbit dan
pulang setelah matahari terbenam, sehingga para
pelanggan tahu kedai saya buka lebih awal dan tutup
lebih lewat”.

Perhatikan..
Si Sulung dan Si Bungsu menerima pesan yang SAMA,
namun masing² memiliki penafsiran dan sudut pandang
atau MINDSET berbeda.

Mereka MELAKUKAN cara yang
berbeda sehingga mendapatkan HASIL yang berbeda
pula.

Hati² lah dengan Mindset kita..

Mindset positif memberi hasil menakjubkan, sebaliknya
mindset negatif memberikan hasil menghancurkan.

The choice is yours..!

Monday, September 15, 2014

validate

Salam semua,

Ada tak dikalangan anda yang kenal mana-mana pengusaha TADIKA yang mempunyai masalah penat nak tulis resit yuran?

Saya nak beritahu yang sistem SKY Online ni boleh bantu memudahkan mereka kutip yuran tanpa perlu tulis resit lagi.

Bukan tu saja, mereka akan lebih mudah nak tahu siapa belum bayar yuran dan banyak lagi lah kelebihan lain.

Kaau ada, mohon mereka hubungi saya ya...terima kasih!
sms/whatsapp : 019-395 4573

Thursday, September 11, 2014

renew

Alhamdulillah...semalam satu lagi pelanggan kami iaitu Tadika Tunas Ilmu, telah memperbaharui langganan SKY Online untuk tahun kedua mereka.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami

Setakat ini, lebih 95% pelanggan kami telah menyambung langganan SKY Online mereka untuk tahun kedua dan ketiga...

Tuesday, September 9, 2014

upsr 2014

Assalamualaikum....

Masih belum terlambat utk admin mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan UPSR bagi anak2 tahun 6 2014...

Bagi guru2 dan ibubapa...marilah kita bersama2 mendoakan kejayaan mereka...

p.s : tahun ni admin takde anak tahun 6...tu yg ketinggalan ketapi sket....kih3....

Tuesday, August 12, 2014

Assalamualaikum

Assalamualaikum dan Selamat Pagi....

Pejam celik, pejam celik dah hampir ke penghujung sesi persekolah 2014 kan...

Sekarang ini adalah masa yang sesuai untuk merancang aktiviti dan penambahbaikan untuk sesi 2015 pula..

Jika anda mengalami kesukaran menguruskan kutipan yuran sekolah anda sepanjang sesi 2014...apa kata untuk sesi 2015 ini nanti anda mencuba SKY Online kami..

Insya Allah, SKY Online telah membantu banyak sekolah dan tadika dalam menguruskan kutipan yuran mereka

Thursday, May 8, 2014

Sketsa pada satu malam

Sketsa pada satu malam
================

Suami : Yang.....yuran kafa anak kita dah bayar ke bulan ni?
Isteri : Dah....rasanya la...eh....tak pasti plak....
Suami : La...macam tu pulak..
Isteri : Banyak menda nak ingat la bang....mana boleh ingat semua...

Anak : Alaaa....mak ngan abah nih.....kan boleh semak online je... Bayar online pun boleh....

Suami & Isteri : Ye tak ye jugak..... *malu*

SKY Online ~ solusi yuran anda....

Monday, May 5, 2014

Petir Menyambar, rosak komputer

Petir Menyambar, rosak komputer
===========================

Sekarang ni, hampir setiap petang hujan dan ribut petir kan... Baru-baru ni, salah sebuah sekolah yang menjadi pelanggan SKY Online kami telah menjadi mangsa panahan petir...

Hampir kesemua komputer di pejabat rosak disebabkan petir tersebut...dokumen-dokumen dalam komputer tersebut dikatakan tidak dapat diselamatkan....Alhamdulillah, pejabat tak terbakar kerana terdapat percikan api ketika kejadian.

Alhamdulillah juga kerana mereka merupakan pelanggan SKY Online, maka data2 bayaran yuran mereka tidak disimpan di komputer mereka...semuanya disimpan di server kami...

Kalau tidak, jenuh juga nak cover balik maklumat yuran dari tahun 2007 dari jumlah pelajarnya lebih kurang 1000...

Tuesday, April 29, 2014

Renew Langganan Lagi

Renew Langganan Lagi
==================

Alhamdulillah, semalam satu lagi pelanggan kami telah renew langganan SKY Online mereka lagi setahun..

Terima kasih buat Kafa Integrasi Al Waani, BTHO, Cheras kerana memberi kepercayaan kepada kami....

Thursday, April 24, 2014

SKY Online untuk Pasti Malaysia?

SKY Online untuk Pasti Malaysia?
......................................

Alhamdulillah, malam tadi berkesempatan bertemu dengan Sdr Azahari Yahya, Pengarah Bhg ICT Pasti Malaysia bagi membincangkan cadangan penggunaan SKY Online di seluruh Pasti di Malaysia

Semoga niat kami untuk membantu memudahkan Pasti-Pasti di Malaysia menguruskan kutipan yuran mereka dipermudahkan jalannya....aameen...

Tahun Kedua SKY Online

Tahun Kedua SKY Online
.............................

Alhamdulillah, sedar tak sedar SKY Online dah masuk tahun kedua beroperasi rupanya...

Baru perasan sebab semalam customer awal kami dah renew langganan SKY Online mereka untuk tahun kedua...

Alhamdulillah, syukur dapat menambahnilai dan memudahkan mereka menguruskan kutipan yuran mereka.

Terima kasih Ustz Helmi dan staff Kafa Integrasi Assyakirin, Cheras kerana terus memberi kepercayaan kepada kami..

.................
Sedikit sejarah...

SKY Online merupakan versi tambahbaik dari Sistem Kutipan Yuran (SKY) yang telah dibina sejak tahun 2007 lagi...

Tuesday, April 22, 2014

Tips Mengurangkan Risiko Pecah Amanah

Tips Mengurangkan Risiko Pecah Amanah
...........................................................

Merekod bayaran menggunakan Buku Resit sebenarnya mudah diseleweng sekiranya anda mempunyai pekerja yang tidak bertanggungjawab.

Dua cara di bawah boleh digunakan untuk memastikan setiap wang yuran yang dibayar direkod dan diserahkan kepada anda.

1. Setiap hari atau seminggu sekali, tandakan pada resit-resit di dalam buku resit dengan tandatangan anda beserta tarikh dan jumlahkan kesemua resit tersebut dan pastikan wang yang diserahkan sama jumlahnya.

atau..

2. Setiap hari atau seminggu sekali, minta pekerja anda menyenaraikan resit-resit yang telah dikeluarkan dan serahkan wang yuran beserta senarai tersebut. Senarai tersebut mengandungi :-

Tarikh
No Resit (disusun mengikut turutan)
Nama Pelajar
Jumlah Bayaran
JUMLAH KESELURUHAN (mesti sama dgn wang yang diserahkan)

Jika ada resit rosak atau dibatalkan, senaraikan juga di dalam senarai di atas.

Inginkan cara yang lebih mudah untuk memastikan wang yuran anda selamat?

Hubungi kami :-
sms/whatsapp : 019-395 4573

#sekolah, #tadika #yuran #resit

Monday, April 7, 2014

Tips Groupkan Buku Resit

Tips Groupkan Buku Resit
...............................................

Bagi sekolah yang tidak menggunakan Buku/Fail Rekod Yuran, teknik groupkan buku resit boleh digunakan.

Anda boleh groupkan buku resit mengikut :-

1. Abjad nama
2. Nama kelas
3. Bulan

Cara ini boleh memudahkan anda untuk membuat semakan last payment seseorang pelajar.

Jadi, apabila seseorang pelajar datang untuk membayar yuran, anda tidak perlu membelek kesemua buku resit yang anda ada...

Ok ke?

Inginkan kaedah yang lebih mudah, hubungi kami :
019-395 4573


#sekolah #tadika #yuran #resit

Friday, April 4, 2014

Tips Merekod Bayaran Yuran

Tips Merekod Bayaran Yuran
.........................................

Selain merekod bayaran yuran menggunakan buku resit, kaedah merekod bayaran di dalam Fail/Buku Rekod Yuran juga adalah penting

Tujuan Fail/Buku Rekod Yuran ini adalah untuk memudahkan anda memantau dengan lebih mudah yuran-yuran yang telah dibayar ataupun yang belum dibayar oleh seorang pelajar.

Kebiasaannya Fail/Buku Rekod Yuran menyimpan maklumat Nama Pelajar, Nama Kelas, Bulan, Tarikh dan juga NoResit.

Nama Pelajar, Nama Kelas dan Bulan biasanya hanya diisi sekali sahaja, manakala Tarikh dan Noresit diisi setiap kali ada bayaran dibuat. Tarikh dan NoResit ini diambil dari resit yang telah ditulis ketika menerima bayaran.

Senarai nama pelajar di dalam Fail/Buku Rekod Yuran ini boleh diasingkan mengikut abjad (bagi sekolah yang bilangan pelajarnya tidak ramai) atau mengikut kelas (bagi sekolah yang bilangan pelajarnya agak ramai).

Senarai mengikut abjad lebih mudah dicari jika pelajarnya sedikit. Dan yang pastinya ibubapa lebih mengingati nama anak sendiri.... kannnn

Senarai mengikut kelas pula memudahkan pencarian bagi bilangan pelajar yang ramai kerana telah senarai tersebut lebih pendek. Cuma ibubapa perlu mengingati nama kelas anaknya.

Kelemahannya :
Anda perlu merekod dua kali, dalam Buku Resit dan Fail/Buku Rekod Yuran

Kelebihannya :
Tak perlu belek buku resit untuk nak tahu last payment pelajar. Kalau buku resit hilang ada backup maklumat dalam Fail/Buku Rekod Yuran

Inginkan kaedah yang lebih mudah....
hubungi kami : 019-395 4573

#sekolah, #tadika #yuran #resit

Monday, March 31, 2014

SKY Online versi English

Setelah berhempas pulas (lerr sangat)...akhirnya siaplah SKY Online versi English....

So, nak promote la ni...kena cakap omputih la kan....

SKY ONLINE ENGLISH VERSION
===========================

Good news for English medium Kindergartens

SKY Online is now available in English Version

Monday, March 10, 2014

Memanafaatkan kemudahan....

Alhamdulillah, baru saja selesai sesi Online Coaching dengan Dr Azizan Osman jam 9-10pm tadi..

Zaman dah berubah, kelas belajar pun boleh secara online sahaja..tak perlu susah-susah, depan komputer pun dapat belajar secara live...

Begitu juga dengan bayaran yuran sekolah anak. Kemudahan bayaran secara online telah disediakan..Terpulang kepada masing-masing untuk memanafaatkannya...

Anda bagaimana?

#sekolah #yuran #bayar #online

Pray For MH370


Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui...
Kami mengharapkan bantuanMu Ya Allah....

Friday, March 7, 2014

Sibuk semula?

Baru je seminggu selesai menyiapkan data SK Saujana Utama, masuk pula data SK Bkt Jelutong untuk diupload ke dalam SKY mereka.

Kedua-dua sekolah ni mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai berbanding sekolah-sekolah lain.

Jadi, agak sukar sekiranya mereka perlu memasukkan data pelajar satu persatu ke dalam SKY.

Jadi, kami memudahkan mereka. Mereka hanya perlu berikan data dalam bentuk softcopy, selebihnya kami yang uruskan.

Bila dah siap, mereka hanya perlu merekod bayaran yang diterima sahaja....hanya perlu tick dan klik sahaja...

SKBJ juga melanggan Modul Online Payment, lebih mudah bagi ibubapa membayar sumbangan PIBG dan juga mengurangkan tugas guru apabila sebahagian telah membayar secara online.

Dan ini merupakan tahun kedua mereka melanggan SKY Online with Online Payment kami.....

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami, kami amat menghargainya...

Thursday, February 27, 2014

Baru boleh bernafas lega

2-3 hari lepas, saya sibuk menyiapkan data satu sekolah kebangsaan untuk diupload ke dalam SKY Online mereka.

Data asal diberikan dari esktrak data SMM, dan di dalam SKY Online mereka sendiri sudah ada data pelajar tahun 2013 beserta maklumat bayaran 2013.

Jadi untuk memasukkan data 2014, agak sukar sedikit kerana banyak kondisi yang perlu diambil perhatian.

Saya harus berhati-hati supaya setiap data yang dimasukkan, samada yang baru atau sekadar mengemaskini adalah tepat tanpa mengganggu data yang sedia ada. Kerana setiap data yang dimasukkan akan effect kepada laporan yang dikeluarkan kemudian.

Namun, ada juga beberapa data yang memang tidak dapat dimasukkan kerana kekurangan maklumat terutama sekali maklumat ibubapa.

Apabila ini berlaku, kami akan senaraikan data yang tidak dapat dimasukkan tersebut dan hantar semula kepada pihak sekolah untuk dilengkapkan....

Bunyinya macam senang ek....tapi disebaliknya pelbagai jenis SQL statement yang perlu dibuat dalam mendapatkan data yang betul-betul diperlukan.

Apapun, alhamdulillah...semuanya dah selesai.....

Friday, February 21, 2014

Lenguh Tangan Tulis Resit

Teringat ketika saya menguruskan kutipan yuran di sebuah KAFA dulu.

Student KAFA tersebut ada kira-kira 900+ pelajar. Setiap bulan, nak-nak pula bila time gaji. Ramai betul yang datang bayar yuran. Sampai naik lenguh la tangan dok menulis resit. Tulisan pun akhirnya dah jadi macam cakar ayam je.

Tu belum kira waktu awal tahun. Dengan resit yurannya, resit bukunya....bayar untuk 2-3 orang anak lagi.....Macam tak menang tangan nak tulis resit....

Bila akhirnya SKY dah siap, selepas tu terasaaaaaa sangat hilang beban menulis resit banyak-banyak.

Semua kerja-kerja menulis resit dah diserahkan pada printer. Saya hanya klik-klik sahaja.....tret tret resit dah keluar......bahagia sungguh!

Kalau anda inginkan tangan anda tak lenguh lagi...apa lagi, jom hubungi kami....

Call/sms/whatsapp : 019-395 4573

Sekarang!

Thursday, February 13, 2014

Apa itu SKY Online..?

 
[APA ITU SKY ONLINE]

SKY Online adalah aplikasi online untuk membantu memudahkan pihak sekolah merekod dan memantau kutipan yuran sekolah mereka.

Ianya sesuai digunakan oleh PIBG, KAFA, TADIKA dan PUSAT TUISYEN

[KANDUNGAN MODUL SKY ONLINE]

MODUL DATA

  • menyimpan maklumat ibubapa, pelajar, kelas serta yuran yang dikenakan untuk setiap pelajar

MODUL BAYAR 

  • merekod dan mencetak resit semua jenis yuran (tahunan, bulanan, pembelian buku, umum dan yuran sekeluarga)

MODUL PERTANYAAN

  • memudahkan pihak sekolah memantau dan menyemak laporan kedudukan kutipan yuran (tunggakan dan kutipan)

MODUL SMS

  • memudahkan pihak sekolah menghantar peringatan terus ke telefon bimbit ibubapa yang belum menjelaskan yuran

MODUL ONLINE PAYMENT

  • memudahkan ibubapa membuat bayaran secara online dari mana-mana komputer/tablet/smartphone yang mempunyai capaian internet.

Ingin mengetahui lebih lanjut? Hubungi kami :-

call/sms/whatsapp : 019-395 4573

Wednesday, February 12, 2014

Ikhlaskah kita?

"Mari ku ajarkan kamu ilmu ikhlas," kata seorang guru kepada muridnya.

"Nanti saya ambilkan buku dan pen untuk menulis."

"Tak payah, bawa sahaja karung guni."

"Karung guni?" soal anak muridnya seperti tidak percaya.

"Mari kita ke pasar!"

Dalam perjalanan ke pasar mereka berdua melalui jalan yang berbatu-batu.

"Kutip batu-batu yang besar dan masukkan ke dalam guni yang kau bawa itu," kata guru itu memberi arahan.

Tanpa banyak soal,anak muridnya memasukkan batu-batu besar yang mereka temui di sepanjang jalan.

"Cukup?" tanya anak muridnya.

"Belum. Isi sampai penuh karung guni itu."

Sampai di pasar, mereka berdua tidak membeli apa-apa. Berlegar-legar, melihat-lihat dah kemudiannya mula beredar keluar.

"Tuan Guru, kita tidak beli apa-apa?"

"Tidak. Bukankah karung gunimu telah penuh?"

"Ya,ya..."kata si murid, agak kelelahan.

"Banyak beli barang," tegur seorang kenalan apabila melihat mereka dengan guni yang kelihatan berat itu.

"Wah, tentu mereka berdua ini orang kaya! Banyak sungguh barang yang mereka beli," kata seseorang yang lain.

"Agaknya, mereka hendak buat kenduri besar kot,"kata yang lain pula.

Sebaik kembali ke tempat tinggal mereka, si murid meletakkan guni yang meberisi batu-batu tadi.

"Oh, letih sungguh.. apa yang kita nak buat dengan batu-batu Tuan Guru?"

"Tak buat apa-apa"

"Eh, kalau begitu letih sahajalah saya,"Balas anak murid.

"Letih memang letih, tapi kamu dah belajar tentang ikhlas."

"Ikhlas?"si murid kehairanan.

"Kamu dah belajar apa akibatnya jika tidak ikhlas dalam beramal,"

"Dengan memikul batu-batu ini?"

"Ya. Batu-batu itu umpama amalan yang riyak. Tidak ikhlas. Orang memujinya seperti orang-orang dipasar tadi memuji banyaknya barang yang kamu beli. Tapi, kamu sendiri tahu itu bukan barang makanan atau keperluan, tetapi hanya batu-batu."

"Amal yang tidak ikhlas umpama batu-batu ini?"

"Ya. hanya berat sahaja yang ditanggung. Dipuji orang, tetapi tidak ada nilai nya di sisi ALLAH. Yang kamu dapat, Hanya penat."

"Ya, sekarang saya faham apa akibat jika beramal tetapi tidak ikhlas!" Ujar si murid.

PENGAJARAN : Ramai manusia tertipu delam beramal kerana mengharapkan pujian.

Padahal kata-kata pujian hakikatnya hanya menyebabkan diri terseksa kerana terpaksa hidup dalam keadaan yang bermuka-muka.

Rugi benar orang yang tidak ikhlas,terseksa di dunia, terseksa di Akhirat"

BAYAR YURAN SEKOLAH ONLINE?


BAYAR YURAN SEKOLAH ONLINE?

Sebagai ibubapa yang bekerja dan mempunyai anak bersekolah, kadangkala urusan membayar yuran sekolah mereka merupakan satu perkara yang menyukarkan anda. Bukan anda tak mahu bayar yuran, tapi .....

  • takkan tiap-tiap bulan nak datang lewat ke pejabat semata-mata nak bayar yuran
  • bagi duit kat anak, kadang-kadang hilang, dicuri atau anak guna duit tu pi beli menda lain
  • kena beratur, proses bayar yuran ambil masa


Alangkah bagusnya kalau anda boleh bayar yuran secara online dari mana-mana komputer/tablet/smartphone anda sahaja, kan?

Ya, sekarang memang BOLEH!

  • anda tak perlu lagi beri alasan pada bos datang lambat kerana urusan sekolah anak
  • anda tak perlu lagi bersusah payah ke sekolah, beratur dan menunggu semata-mata nak bayar yuran
  • anda tak perlu lagi penat-penat pergi ke setiap kelas anak-anak anda untuk nak bayar yuran
  • anda boleh bayar yuran kat mana-mana je dari komputer/tablet/smartphone anda....sambil baring-baring atas katil pun boleh!
  • yang penting, anda boleh jimat masa dan tenaga anda!


Anda risau akan keselamatan transaksi anda?

Anda tak perlu risau...

  • Transaksi anda adalah selamat dan dipercayai
  • Duit anda akan terus masuk ke akaun sekolah anak anda
  • Rekod bayaran anda akan terus direkod secara automatik ke dalam sistem, anda tidak perlu memaklumkan atau menyerahkan slip bayaran anda kepada sekolah
  • Anda juga boleh menyimpan/mencetak resit sebagai bukti bayaran anda
  • Bila-bila masa, anda boleh menyemak dan memantau rekod bayaran anak anda

Anda boleh guna mana-mana online banking yang anda ada. Maybank, Cimb, Bank Islam, RHB etc.
Pakai kad kredit pun boleh!


Adakah anda benar-benar inginkan kemudahan seperti ini??

Jika anda ingin bantu diri anda dengan kemudahan ini....bantulah sekolah anak anda dengan memberitahu mereka tentang aplikasi SKY ONLINE kami ini...

Minta mereka melanggan SKY ONLINE mereka hari ini juga! 
Gunakan hak anda sebagai ibubapa dan cadangkan kepada mereka!


Apa itu SKY ONLINE?

SKY Online adalah aplikasi online untuk membantu memudahkan pihak sekolah merekod dan memantau kutipan yuran sekolah mereka.

Ianya sesuai digunakan oleh PIBG, KAFA, TADIKA dan PUSAT TUISYEN




Apa yang sekolah anak anda akan dapat dengan SKY ONLINE?

  • lebih mudah mereka merekod dan mencetak resit
  • lebih mudah mereka memantau siapa yang belum bayar yuran
  • lebih mudah mereka mengetahui berapa jumlah kutipan dan tunggakan mereka
  • lebih mudah mereka hantar peringatan kepada ibubapa yang lambat bayar


Apa tunggu lagi, jadilah ibubapa yang perihatin....

Anda bukan sahaja membantu memudahkan diri anda sendiri...anda juga membantu memudahkan ibubapa lain....malah anda juga membantu sekolah anak anda mempunyai kaedah pengurusan yuran yang lebih cekap dan professional!

Cepat, bertindak sekarang, hubungi kami :-

call/sms/whatsapp : 019-395 4573

atau layari : www.sistem-maklumat.com  untuk maklumat lanjut mengenai SKY ONLINE


Tuesday, February 11, 2014

SKY ONLINE di mana-mana...

Alhamdulillah....minggu lepas bertambah lagi pelanggan SKY Online kami. Kali ini ke negeri Kelantan pula...iaitu Tadika Aulad Pintar.

Ini merupakan di antara pelanggan SKY Online kami yang terjauh. Sebelum ni dari Pulau Pinang, Pahang, Terengganu...Kebanyakan yang lain di sekitar lembah klang sahaja...

Dalam masa yang sama SKY LOCAL juga masih mendapat sambutan. Minggu lepas juga kami mendapat pelanggan baru dari Klang..iaitu Sekolah Rendah Islam El-Mateen.

SKY Local ni pelanggan paling jauh kami adalah dari Sabah...

Matlamat kami tahun 2014 ni...nak menyebarkan SKY ONLINE di mana-mana sahaja di seluruh Malaysia...

Doakan ye.... 


#yuran
#sekolah

Friday, January 24, 2014

Hidup Untuk Memberi

Hidup untuk memberi....

Sebaik-baik manusia adalah manusia yang banyak memberi manafaat kepada orang lain....
Mulakan dengan memberi senyuman....insya Allah lebih banyak senyuman akan hadir dalam hidup kita....


Wallahualam....


:) :) :)

Tuesday, January 21, 2014

SKY Untuk Uruskan Kutipan Yuran Persatuan

[SKY untuk PERSATUAN?]

Pagi-pagi tadi dapat call dari seseorang bertanyakan tentang SKY.. katanya untuk digunakan bagi membantu menguruskan duit persatuan...

Sebenarnya SKY memang boleh digunakan untuk menguruskan kutipan yuran persatuan...apa2 persatuan la...termasuk juga kutipan wang khairat kematian..

Konsep kutipan yuran persatuan ni sebenarnya lebih kurang sama je dengan kutipan yuran sekolah. Sebab ada yuran yang dikenakan setahun sekali seperti yuran pendaftaran dan ada yuran yang perlu dibayar setiap bulan...

Lagi bestnya, kita sebagai ahli persatuan dapat memantau sendiri rekod bayaran kita. Ye la, selalunya rekod bayaran Bendahari yang jaga kan...

Lagi lagi best, kita dapat bayar secara online...takyah susah-susah cari Bendahari...

Bendahari pun senang hati...sapa-sapa yang lambat bayar je....sekali klik, sms peringatan akan dihantar ke semua telefon bimbit ahli-ahli yang belum bayar.....takde can la nak ngelat lambat bayar...hehe

Amacam? :)

Saturday, January 11, 2014

Latihan Penggunaan SKY di Tadika

Alhamdulillah, kul 10am-1pm tadi selesai memberi latihan kepada pengetua dan guru-guru di Tadika Tunas Ilmu, Lembah Keramat....

Alhamdulillah, setelah berbincang dan diberi penerangan, nampaknya mereka sudah paham bagaimana SKY Online berfungsi....

Semoga dipermudahkan bagi mereka memahami dan menggunakan SKY Online dengan sepenuhnya...