Friday, April 24, 2015

Senang keje...

Alhamdulillah...selesai memuatnaik data pelajar utk UniSmart, Unisel.
Bila data-data yang diberikan mengikut format yang ditetapkan serta lengkap, kerja-kerja memuatnaik data tidak mengambil masa yang lama. Tak sampai sejam pun boleh siap.
Ianya mudah apabila belum ada data di dalam sistem sedia ada. Sekiranya terdapat data lama, kerja akan bertambah sedikit.
Dengan muatnaik data ini, pengguna kami boleh terus menggunakan SKY Online mereka.
Ingin mudahkan urusan kutipan yuran anda juga?
Hubungi : sales.skyonline@gmail.com

Wednesday, April 22, 2015

Penambahbaikan SKY Online

Penambahbaikan SKY Online
Kami baru saja membuat beberapa penambahbaikan ke atas SKY Online supaya lebih menepati keperluan pengguna kami.
Penambahbaikan yang dibuat adalah berdasarkan maklumbalas pelanggan kami dan kami rasakan ianya wajar dibuat.
Harapannya, penambahbaikan ini dapat membantu memudahkan pelanggan kami.
Terima kasih di atas maklumbalas dan sokongan anda selama ini..

Tuesday, April 14, 2015

Asrama IPTS pun dah langgan SKY Online !

Asrama IPTS pun dah langgan SKY Online !
.
Alhamdulillah, hari ni dapat satu lagi pelanggan baru untuk Sistem Kutipan Yuran (SKY) Online kami. 
.
Kali ini pelanggan dari UniSmart, UNISEL. Ini merupakan pelanggan pertama kami yang menguruskan bayaran yuran asrama.
.
Moga dengan ini, dibukakan satu lagi jalan untuk kami membantu lebih banyak lagi IPTS yang memerlukan sistem untuk menguruskan kutipan yuran mereka.
.
Aameen...
.
‪#‎ipts‬
‪#‎asrama‬
‪#‎yuran‬
‪#‎yuranasrama‬

Thursday, April 9, 2015

Tools memudahkan cara

Tools memudahkan cara

Kerja-kerja memuatnaik data ibubapa dan pelajar lebih mudah dengan adanya tools yang dibuat khusus.

Biasanya pelanggan kami akan memberikan kami data-data dalam fail MS Excell.

Tugas kami adalah memastikan semua maklumat yang diperlukan adalah lengkap dan juga tiada data yang duplicate.

Bagi memastikan data-data yang akan dimuatnaik ke dalam database di server kami adalah betul dan lengkap, kami telah menyediakan beberapa query menggunakan MS Access.

Memandangkan proses ini adalah rutin, maka, query-query yang disediakan ini akan digunakan setiap kali ada data pelanggan yang perlu dimuatnaik. 

Dengan tools ini, kami mampu mengurangkan risiko kesilapan ketika memuatnaik data.

#data
#tools
#msaccess
#odbc
#vpn

Wednesday, April 8, 2015

Upload data pelanggan baru lagik...

Alhamdulillah...selesai kerja2 memuatnaik data ke dalam SKY Online utk SRI Hira Shah Alam.
Next, SMA Hira pula....

Tuesday, April 7, 2015

Satu rujukan rekod bayaran...

Satu rujukan rekod bayaran...
Bagi mereka yg terlibat/pernah terlibat dengan urusan bayaran berkala, tentu paham situasi ini.
Anda buat bayaran setiap bulan. Anda hanya simpan resit sahaja, kan?
Semua catatan rekod bayaran, disimpan oleh penerima bayaran. Betol?
Adakalanya anda ingin merujuk semula rekod bayaran anda. Mungkin sebab terlupa berapa kali anda dah bayar...nak pastikan anda betul2 dah bayar...dan lain-lain sebab.
Tapi malangnya anda tiada rekod tersebut. Anda perlu merujuk kepada resit, itu pun kalau masih simpan. Atau anda perlu merujuk kepada rekod yang disimpan oleh penerima bayaran.
Tapi, anda terpaksa percaya dengan rekod yang penerima simpan. Anda tidak boleh memantau rekod tersebut dari masa ke semasa....kan?
Alangkah bagusnya kalau ada satu rujukan rekod yang boleh dipantau bersama-sama....dan dipercayai bersama...