Wednesday, January 14, 2015

Insya Allah...Mudah je nak guna SKY Online ..





Insya Allah...Mudah je nak guna SKY Online ..

Ni salah seorang dari customer kami...sangat mudah berurusan dengan beliau.

Dengan merujuk kepada manual pengguna yang diberikan, beliau boleh menggunakan SKY Online tanpa sebarang masalah dan tanpa bantuan kami pun...Alhamdulillah

Semoga beliau sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan.. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami.

Insya Allah kami akan sentiasa bersedia membantu semua pelanggan kami apabila diperlukan smile emoticon

Inginkan info lanjut tentang SKY Online? 
Hubungi kami : 019-395 4573

Tuesday, January 13, 2015

Senarai Pelanggan

Mengemaskini senarai pelanggan SKY kami di website. Alhamdulillah semakin bertambah.
Hampir kesemua pelanggan kami juga, telah memperbaharui langganan SKY Online mereka.
Anda bila lagi? smile emoticon

Monday, January 5, 2015

[Kenapa dari dulu takdok mende ni]

[Kenapa dari dulu takdok mende ni]

Hihi...itu la di antara komen2 ticer2 di Pusat Perkembangan Kanak2 Anugerah Bestari ketika sesi latihan SKY Online pagi tadi (5 Jan 2015)

Alhamdulillah, sangat mudah berurusan dengan owner, Pn Zaharah. Dalam waktu yang singkat saja beliau dapat memahami SKY Online, malah dapat menerangkan fungsi-fungsi SKY Online dengan lebih jelas lagi daripada saya...huhu *malu saya*

Saya juga kagum dengan cara beliau menguruskan tadika-tadika beliau. Beliau tidak berkira untuk mengeluarkan belanja untuk sesuatu yg dapat memudahkan urusan kerja samada dari segi alat bantu mengajar mahupun urusan pentadbiran. Jarang saya melihat tadika sebegitu.

Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada kami. Kami doakan semoga tadika beliau terus berkembang dan semoga SKY Online dapat membantu memudahkan urusan kutipan yuran mereka. Aameen...

Thursday, January 1, 2015

[Whatsapp dah tak boleh install kat Samsung Tab 3?]

[Whatsapp dah tak boleh install kat Samsung Tab 3?]

Wahhhh whatsapp telah menghuru harakan saya pepagi ni..grrrr...

Saya adalah pengguna whatsapp di samsung tab 3. Kebetulan pula whatsapp saya telah expired pada hari ini.

Bila klik download, dikatakan versi whatsapp tidak sesuai untuk pengguna tablet macam saya....whatt????

Maka, saya pon menggugelkan la cara-cara untuk saya dapatkan semula whatsapp saya.

Sebelum tu, upacara mem'back-up' folder whatsapp telah dibuat ke sdcard..untuk tujuan keselamatan...

Mana lah tahu, kotnya folder whatsapp di device terpadam ke kan...

Setelah menggugel, saya terjumpa satu penyelesaian.

- memandangkan carian di play store untuk whatsapp tidak akan dijumpai kerana versi tidak sesuai, maka saya harus download Whatsapp APK dari website whatsapp

- hanya gugel 'whatsapp apk' nanti anda akan jumpa page utk download.

- download whatsapp apk tersebut

- di bahagian Setting- Security, enablekan Unknown Source di bhg Device Administration (boleh disablekan balik selepas install whatsapp)

- install whatsapp menggunakan apk tadi.

- Ok, dah settle keje.

Alhamdulillah, semua chat history saya masih boleh dicapai seperti biasa.

phewwww.......