Tuesday, October 14, 2014

Duit pernah diseleweng. Tulis resit sampai tengah malam...

Duit pernah diseleweng. Tulis resit sampai tengah malam...
=============================================

Itulah cerita pelanggan terbaru SKY Online kami.

Beliau telah mengusahakan tadika dan taska lebih 10 tahun yang lalu. Hingga kini beliau mempunyai beberapa buah cawangan.

Sebelum ini, beliau percaya pada staff beliau untuk menerima wang yuran. Hinggalah pada satu ketika ada beberapa ibubapa menuntut resit. Dari situ baru beliau menyedari yang wang yuran tersebut telah diseleweng oleh staff beliau.

Selepas dari peristiwa itu, setiap kali ada ibubapa datang untuk membayar yuran, beliau akan pergi ke setiap cawangan dan mengambil wang yuran tersebut.

Dan pada malamnya, beliau akan menulis resit-resit untuk diserahkan kembali kepada ibubapa pada keesokan harinya.

Memandangkan hanya beliau seorang yang bertanggungjawab menulis resit...adakalanya beliau terpaksa menulis resit sampai ke tengah malam!

Semoga selepas menggunakan SKY Online, urusan beliau lebih mudah...aameen....