[Kenangan Disember datang lagi]
Mengimbau kembali kenangan pada Disember 2006. Masa tu saya bekerja di
sebuah Kafa Integrasi dan masih dalam peringkat membina sistem SKY.
Sebelum saya bekerja di sana, saya memang sedang membangunkan sistem SKY, tapi kerana kekurangan maklumat, progress jadi agak slow.
Kebetulan pula dalam masa tu, pekerja mereka berhenti. Saya pun
mengambil peluang tersebut, bekerja di sana sambil saya boleh dapatkan
maklumat dan mengalami sendiri proses kutipan yuran.
Setiap bulan, kerja-kerja menguruskan yuran untuk 1000 pelajar memang agak memenatkan. Tapi lagi penat ketika bulan Disember.
Pada bulan Disember ni la, waktu disibukkan dengan urusan pendaftaran
dan pembayaran yuran pelajar lama dan baru bagi sesi persekolahan yang
mendatang...
Nak tulis resit. Nak rekodkan maklumat bayaran dalam fail.
Ibubapa pulak dah beratur panjang.
Tu belum masuk nak jumlahkan berapa diorang kena bayar. Kalau silap kira...alamatnya short la kutipan hari tu...kena ganti tau!
Huuu.....kadang2 tu, waktu rehat tengahari pon tak sempat nak keluar...tahan je la lapar tu sampai petang....nangissss
Balik rumah nanti mesti nak kena urut tangan....sepanjang hari dah menulis...mana tak lenguh...
Sebab tu la saya nak sangat bantu anda...supaya anda tak perlu lagi berhadapan dengan situasi yang memenatkan ni lagi...
Dengan SKY,
~ Anda tak perlu menulis...cetak je resit..
~ Anda dah tak perlu merekod dlm fail...semua dah automatik
~ Anda tak perlu mengira, semua dah siap dijumlahkan...
Biarkan saja printer tu yg lenguh....asalkan jari2 anda selesa....haha
No comments:
Post a Comment