[Dua Kali Kerja]
Alhamdulillah, kami baru saja balik dari sesi penerangan mengenai SKY
Online di sebuah Sekolah Rendah Agama (SRA) di Bandar Tasik Puteri,
Rawang.
SRA tersebut mempunyai bilangan pelajar yang agak ramai, lebih kurang 1000 lebih pelajar.
Jadi, fokus utama mereka adalah untuk mengelakkan dua kali kerja dalam merekod bayaran yuran pelajar mereka.
Ketika ini, mereka menggunakan Buku
Resit untuk merekod bayaran yuran. Kemudian, mereka akan merekod Nombor
Resit tersebut di dalam Fail Rekod Pelajar pula. Jadi, mereka terpaksa
membuat dua kali kerja.
Risikonya, jika mereka terlupa untuk
merekod di dalam Fail Rekod Pelajar, akan menyebabkan pelajar tersebut
dikatakan masih belum membayar yuran pada bulan itu.
Dengan SKY
Online, Insya Allah mereka tidak perlu melakukan dua kali kerja.
Selepas resit dicetak, semuanya akan direkod secara automatik.
Mereka juga akan lebih mudah memantau siapa yang masih belum membayar
yuran melalui pertanyaan individu, ikut kelas atau keseluruhan pelajar.
Memandangkan bilangan pelajar mereka ramai, kami juga akan membantu
mereka memasukkan data pelajar. Jadi, mereka tidak perlu bersusah payah
memasukkan data pelajar satu per satu.
No comments:
Post a Comment