Monday, November 17, 2014

[Cegah sebelum terlambat]

[Cegah sebelum terlambat]

Alhamdulillah, semalam satu lagi Pusat Tuisyen telah menjadi pelanggan SKY Online kami.

Masalah utama yang beliau hadapi adalah misteri kehilangan buku resit beserta sebahagian dari wang yuran.

Ini berlaku apabila beliau menyerahkan tugas mengutip yuran kepada pekerja beliau dan kekangan masa beliau untuk sentiasa memantau.

Jadi, tindakan mencegah perkara ini dari berlarutan perlu diambil, tambahan pula beliau akan lebih jarang memantau pusat tuisyen tersebut kerana mempunyai komitmen lain.

Beliau memerlukan satu sistem yang membolehkan beliau memantau transaksi kutipan yuran dari jauh tanpa perlu hadir setiap hari ke pusat tuisyen tersebut.

Dengan SKY Online, insya Allah, beliau boleh memantau jumlah kutipan setiap pekerja secara individu dan memastikan jumlah wang yang diserahkan kepada beliau sama dengan apa yang dikeluarkan oleh sistem.

Semoga SKY Online dapat memudahkan beliau memantau kutipan yuran pusat tuisyen beliau selepas ini. Aameen.

No comments:

Post a Comment