Sistem Kutipan Yuran (SKY) ni sebenarnya telah dibina pada tahun 2007. Pada permulaannya ianya dibina menggunakan perisian MS Access. SKY telah dibina ketika saya bekerja di sebuah KAFA Integrasi di Kuala Selangor. Sambil bekerja dan menggunakan SKY, maka dapatlah SKY diubahsuai mengikut keperluan KAFA tersebut..jadi SKY yang terhasil adalah yang benar-benar menepati keperluan KAFA dan juga laporan yang diperlukan oleh pihak JAIS...
Memandangkan SKY dah pun siap, maka saya tidak lagi bekerja di KAFA tersebut. Saya mula berfikir, jika saya boleh bantu KAFA tersebut memudahkan urusan kutipan yuran mereka...kenapa tidak saya bantu KAFA-KAFA lain juga...kan...
Maka, selepas itu saya pun memulakan usaha saya untuk menyebarkan SKY kesemua KAFA di Selangor...Alhamdulillah, SKY bukan saja dapat membantu KAFA, malah Tadika dan juga PIBG sekolah juga dapat dibantu.
Pada tahun 2011, saya bercadang untuk menaiktaraf SKY kepada aplikasi Online...Tujuannya untuk memudahkan pihak kami menyelenggara SKY pelanggan-pelanggan kami dengan cara setempat... Ianya juga bertujuan supaya pihak sekolah lebih mudah mencapai dan menggunakan SKY di mana saja...
Dengan bantuan dana dari Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi, kami memulakan projek SKY Online kami...Alhamdulillah ianya berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Malah, setelah siap, kami nampak lebih banyak penambahbaikan dan kemudahan yang dapat kami berikan melalui SKY Online seperti online payment dan juga sms reminder...
Kini, kami telah mempunyai lebih 60 buah sekolah yang terdiri dari pibg, kafa, tadika dan pusat tuisyen di seluruh Malaysia yang melanggan SKY dan juga SKY Online kami...
Diharap, di masa akan datang, lebih banyak sekolah dapat kami bantu untuk meningkatkan pengurusan kutipan yuran mereka....
No comments:
Post a Comment