Saya berhenti kerja dari UM pada tahun 2001 selepas melahirkan anak ketiga...Niatnya untuk menjaga anak-anak sendiri di rumah...sehinggalah melahirkan lima orang anak...
Satu ketika, saya merasakan ingin menyumbang sesuatu kepada orang lain...memandangkan saya graduan IT dan mempunyai kepakaran dalam membina sistem, maka saya terpikir untuk membuat satu sistem yang boleh memudahkan orang lain...masa tu macam-macam sistem datang dalam pikiran...
Pada waktu yang sama, 3 orang anak saya telah bersekolah rendah dan tadika. Setiap bulan saya harus menguruskan bayaran yuran KAFA dan tadika mereka. Dan saya nampak beberapa kelemahan yang boleh diperbaiki dari kaedah mereka mengutip yuran..
Saya dan suami pun berbincang, dan suami pergi berjumpa pengurusan KAFA tersebut dan menawarkan diri untuk membantu. Dan nampaknya memang mereka memerlukan satu sistem untuk menguruskan kutipan yuran mereka.
Maka, bermula dari situlah saya pun membina SKY saya..
Pada tahun 2006, kebetulan pula kerani di KAFA tersebut akan berhenti kerja. Maka, saya ditawarkan untuk bekerja di sana. Saya pun ambil peluang ini. Sambil saya bekerja sebagai kerani, saya dapat mengalami sendiri bagaimana proses kutipan yuran menggunakan buku resit dibuat.
Dari pengalaman sendiri, saya memperbaiki sistem SKY saya sehinggalah ianya benar-benar menepati keperluan KAFA tersebut dan juga lebih mudah digunakan.
Setelah setahun bekerja di situ, saya pun ambil keputusan untuk berhenti dan meneruskan perjuangan saya untuk membantu lebih banyak KAFA.
Dari setiap pelanggan yang saya dapat, lebih banyak maklumbalas yang saya terima untuk memperbaiki lagi SKY saya...
Hari ini, SKY mempunyai pelbagai ciri yang sesuai digunakan oleh pibg, kafa, tadika dan juga pusat tuisyen... Alhamdulillah..
No comments:
Post a Comment