..............................
Selain merekod bayaran yuran menggunakan buku resit, kaedah merekod bayaran di dalam Fail/Buku Rekod Yuran juga adalah penting
Tujuan Fail/Buku Rekod Yuran ini adalah untuk memudahkan anda memantau dengan lebih mudah yuran-yuran yang telah dibayar ataupun yang belum dibayar oleh seorang pelajar.
Kebiasaannya Fail/Buku Rekod Yuran menyimpan maklumat Nama Pelajar, Nama Kelas, Bulan, Tarikh dan juga NoResit.
Nama Pelajar, Nama Kelas dan Bulan biasanya hanya diisi sekali sahaja, manakala Tarikh dan Noresit diisi setiap kali ada bayaran dibuat. Tarikh dan NoResit ini diambil dari resit yang telah ditulis ketika menerima bayaran.
Senarai nama pelajar di dalam Fail/Buku Rekod Yuran ini boleh diasingkan mengikut abjad (bagi sekolah yang bilangan pelajarnya tidak ramai) atau mengikut kelas (bagi sekolah yang bilangan pelajarnya agak ramai).
Senarai mengikut abjad lebih mudah dicari jika pelajarnya sedikit. Dan yang pastinya ibubapa lebih mengingati nama anak sendiri.... kannnn
Senarai mengikut kelas pula memudahkan pencarian bagi bilangan pelajar yang ramai kerana telah senarai tersebut lebih pendek. Cuma ibubapa perlu mengingati nama kelas anaknya.
Kelemahannya :
Anda perlu merekod dua kali, dalam Buku Resit dan Fail/Buku Rekod Yuran
Kelebihannya :
Tak perlu belek buku resit untuk nak tahu last payment pelajar. Kalau buku resit hilang ada backup maklumat dalam Fail/Buku Rekod Yuran
Inginkan kaedah yang lebih mudah....
hubungi kami : 019-395 4573
#sekolah, #tadika #yuran #resit
No comments:
Post a Comment