2-3 hari lepas, saya sibuk menyiapkan data satu sekolah kebangsaan untuk diupload ke dalam SKY Online mereka.
Data asal diberikan dari esktrak data SMM, dan di dalam SKY Online
mereka sendiri sudah ada data pelajar tahun 2013 beserta maklumat
bayaran 2013.
Jadi untuk memasukkan data 2014, agak sukar sedikit kerana banyak kondisi yang perlu diambil perhatian.
Saya harus berhati-hati supaya setiap data yang dimasukkan, samada yang
baru atau sekadar mengemaskini adalah tepat tanpa mengganggu data yang
sedia ada. Kerana setiap data yang dimasukkan akan effect kepada laporan
yang dikeluarkan kemudian.
Namun, ada juga beberapa data yang memang tidak dapat dimasukkan kerana kekurangan maklumat terutama sekali maklumat ibubapa.
Apabila ini berlaku, kami akan senaraikan data yang tidak dapat
dimasukkan tersebut dan hantar semula kepada pihak sekolah untuk
dilengkapkan....
Bunyinya macam senang ek....tapi disebaliknya
pelbagai jenis SQL statement yang perlu dibuat dalam mendapatkan data
yang betul-betul diperlukan.
Apapun, alhamdulillah...semuanya dah selesai.....
No comments:
Post a Comment