Dalam merekabentuk sesuatu sistem, seboleh-bolehnya kita mahukan supaya
ianya fleksibel dengan apa jua kehendak atau keperluan pelanggan kita.
Salah satu cara yang boleh dibuat adalah dengan memberi ruang supaya
pelanggan boleh membuat control settings mereka sendiri mengikut
keperluan masing-masing.
Control settings yang dibuat hanya
melibatkan ruang akaun mereka sahaja tanpa mengganggu pengguna lain yang
berkongsi sistem yang sama.
Namun begitu, adakalanya settings
tersebut tidak memadai bagi seorang pengguna kerana dalam realiti mereka
sendiri, mereka sangat fleksibel..
Sebagai contoh, Yuran
Pendaftaran telah mereka tetapkan sebanyak RM100. Namun, dalam beberapa
keadaan, mereka memberikan diskaun kepada pelajar-pelajar tertentu.
Apabila ini berlaku, agak sukar untuk kita meletakkan kawalan kepada
data tersebut. Jika di dalam buku resit sekalipun, fleksibiliti begini
boleh juga disalahanggap sebagai penyelewengan jika tanpa dokumen
sokongan.
Control/Kawalan yang dibuat sebenarnya untuk
memastikan pengguna tidak silap, tidak seleweng, tidak perlu berfikir
panjang kerana data yang disediakan telah disetting dan telah
di'auto-generate' terlebih dahulu.
Jadi, sebaik-baiknya buatkan keperluan/kehendak kita tersebut tidak terlalu fleksibel dan masih berada dalam kawalan...
No comments:
Post a Comment